Sunday 7 August 2016

Budaya Viral Yang Tidak Baik
Seiring dengan kepesatan teknologi, gaya hidup yang maju, perilaku masyarakat yang berubah dan kecanggihan peranti dan gajet, muncul satu fenomena iaitu VIRAL. Viral ialah satu budaya yang begitu mudah tersebar dimana hanya dengan menekan satu butang sudah boleh tergolong sebagai penyebar maklumat yang diragui kesahihannya. Viral seperti mana kita tahu ialah menyebarkan maklumat yang penting tetapi ianya boleh mengundang kepada masalah apabila maklumat yang disebarkan adalah palsu ataupun maklumat yang salah kerana telah ditokok tambah menjadi sesuatu yang tidak sahih.






Kenapa berlakunya viral ialah kerana penyebaran maklumat yang berlaku secara berleluasa di aplikasi social media seperti internet, facebook, twitter, Instagram dan lain-lain. Ada budaya viral yang berlaku di social media terjadi secara tidak sengaja dan ada yang disengajakan. Viral dari sudut negative dilihat apabila ada sesetengah pihak yang ingin menyebarkan fitnah, membuka aib orang dan untuk menjatuhkan seseorang dengan menyebarkan maklumat yang tidak betul demi kepentingan diri sendiri.
Perkara ini memberi impak yang sangat besar kepada semua kerana mungkin maklumat yang disebarkan akan menyebabkan banyak pandangan negatif dan kegusaran di hati serta kebimbangan kepada orang yang membaca berita itu. Antara yang paling membimbangkan ialah apabila maklumat yang tersebar tidak sahih dan akan menyumbang kepada gejala-gejala yang tidak sihat terutamanya fitnah. Sepertimana yang kita tahu, bagi umat islam, islam melarang kita sama sekali untuk tidak menyebarkan fitnah kerana fitnah boleh membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup seseorang itu.

Akhir kata, sebelum kita berkongsi sesuatu maklumat, tidak salah untuk menyemak dahulu kebenarannya, mana tahu kot kot fitnah. Dah jadi isu pulak dah. Jadi, fikir-fikirkanlah dulu sebelum nak kongsi sesuatu maklumat itu. Kena jugak fikri impak dia kat orang lain. Mana tahu nanti ada orang lain yang terasa ke? Kalau viral ni nanti banyak beri impak negatif contoh fitnah, lebih baik kita elak untuk kongsi maklumat/berita tersebut.

No comments:

Post a Comment